mee hong kong wachaak


setelah beberapa hari tergendala untuk post update so hari ni saya nak kongsi resepi dengan korang semue mee hong kong..macam biasa untuk lepaskan kelaparan ku ini hehe jadi nak jugak rase mcm mane rase mee hongkong ni..emm ok la bagi yg tak suka pedas tp still ade rasa bahang sikit sbb ade lada sulah..




okee jom kite tgk ape bahan2 yg diperlukan hee

500 gm mee kuning
5 biji telur (dipukul dahulu)
100 gm udang basah (buangkan kulitnya)
150 gm isi ayam (dihiris/dipotong kecil)
1 biji panjang fishcake (potong nipis)
3 ulas bawang putih (dicincang)
100 gm brokoli (dipotong)
100 gm bunga kobis (dipotong)
100 gm carrot (potong kecil dan panjang)
5 tangkai baby corn
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan air (bancuhkan dengan tepung jagung)
1 cawan/1 mangkuk kecil air rebusan ayam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar lada sulah
garam
minyak


sekarang kite lihat pula cara-cara utk masak mee hongkong ni..

Panaskan minyak dan goreng telur dan mee dalam kuantiti sikit (satu portion) untuk 1 pinggan hingga agak garing dan ketepikan.
Seterusnya tumis bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau supaya tepung tidak bergentel. 
Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
Tuang kauh ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan semasa panas...heee ^^

p/s : kalau tambah cili jeruk lagi tambah sedap huu hingga menjilat jari hehe



6 comments:

Farhanah Mokthar said...

nyum nyum nyum :)

syuhada mokthar said...

nyum nyum nyum..^^

Adibah Ishak said...

bagus lah blog nie..ada perkongsian resepi..follow kamu ! :)

syuhada mokthar said...

hehe..same2 berkongsi..timekacih sbb follow yep..^^

Aku By Pojie said...

masakan untuk saya.. huhuh

syuhada mokthar said...

hehehe..
^^