nasi goreng kampung

mesti ramai dah tau resepi nasi goreng kampung kn hee..xpe nak kongsi jugak kt sini huhu..jom la kite tgk bahan2 dan cara2 utk nasi goreng kampung ni..

Bahan :

4 cawan nasi
2 biji telur (pukul sedikit)
5 tangkai kacang panjang (potong 1/2 inci)
carrot ( dihiris)
minyak untuk menumis
garam dan serbuk perasa secukup rasa

Bahan tumbuk :
2 biji bawang putih
2 biji bawang merah
6 biji cili padi
2 biji cili merah
segenggam ikan bilis
1 inci belacan


Cara :

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan kacang pajang dan carrot dan kacau sehingga sedikit layu. Masukkan telur dan biarkan agak keras sebentar baru dihancurkan. Masukkan nasi dan garam. Kacau sehingga masak. Hidangkan bersama daun bawang, bawang goreng dan keropok.

p/s : boleh tambah ikut kesesuaian dan kesukaan masing2..dan jika yg suka pedas boleh tmbahkan lg cili padi.





4 comments:

fydakachak said...

wahh..
cuty2 nie makin pandai masak..
praktis jd istri mithali ke?
hehe :D

ukhti syikin said...

:) nice... nanti boleh try :)...

Farhanah Mokthar said...

fyda, jangan jeles..
ang ni cuti0cuti pon belajar ler masak.

syuhada mokthar said...

praktis2 haha