cupcakes mudah dan simple



oleh kerana aku sekarang sedang bercuti di rumah dan tak buat ape2..dah la 4 bulan..lame tu..ape den nak buat cuti lelame ni haiissyy..nafsu makan pon meningkat-ningkat lebih dari biasa..haha
tgk semue mcm sedap..telan air liur huu..mengancam gitu..jadi aku teringin la nak buat cupcakes..
tp oleh kerana bahan2 resepi yg aku dapat ni simple so aku cume guna bahan2 yg ado kt umah tu..
ade jugak resepi cupcakes laen tp bahan2 die takde..aku malas nak gi beli hehe..

tapi orang first nak buat..kalau tak jadi sorry la ye..nak buat topping yg cantik tp takde kemahiran la nak buat..jom tgk resepi cupcakes yg mudah dan simple ni..

Bahan :

200 g butter
180 g gula halus
3 sudu besar tepung kastard
220 g tepung naik sendiri
4 biji telur
esen vanilla


Cara :

Ayak tepung naik sendiri bersama tepung kastard. Pukul butter dengan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Masukkan esen vanilla. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang sudah diayak. Sudukan adunan dalam cup muffin sehingga 2/3 penuh. Bakar dalam oven dengan suhu 175c selama 20-25 minit sehingga masak.

p/s : esen vanilla kt umah takde jadi aku gantikan dengan esen pewarna hijau campur dengan esen pewarna ros dan esen perisa oren..hehe..badam cincang dan ceri masih belum diguna jadi aku campurkan dalam adunan cupcakes tu..untuk topping putih telur dan gula icing tapi aku campurkan sedikit esen coklat..

jeng jeng jeng..tadaa inilah hasilnya..



ini dah letak topping kat atas..emm sorry la kalau tak cantik dan tak jadi..maklumlah orang baru belajar heee..



yg ni pula takde topping sbb topping dah abis huhu..jadi sebelum bakar letak sikit colour rice dulu..

nak topping yg cantik mcm ni..hummm


takpelah moga2 leh belajar lagi..dan lepas ni nak cuba resepi laen pula..
lagi satu kertas cupcakes ni susah nak cari kn..

5 comments:

Unknown said...

wow,nicee cupcakes!

Unknown said...

nak oder satu!! hehe

aten! said...

cam sedap jerk......

Aku By Pojie said...

Terus lapar bila masuk blog nie...

huhuhu

syuhada mokthar said...

haha..
jemput2 makan huhu ^^