Proses Membuat Majalah

hye korang smue..kali ni adda nak berkongsi maklumat mengenai penerbitan majalah daripada ape yg adda dpt semasa lawatan ke karangkraf yg adda sertai bersama dgn rakan2 dari kelab kewartawanan UTM Skudai..oh ye kalau korang ingt lg entry adda yg lepas kn..adda ade buat entry pasal lawatan kami ke sane dgn pic2 yg menarik heee..



Ade tiga step dalam proses membuat majalah tersebut. Jom kite terjah huhu..


Step 1 : Jabatan Editorial
Sebagai seorang editor, tugas mereka mencari bahan-bahan terkini untuk dijadikan sbg sebuah berita, artikel atau pun cerita yg dpt menarik perhatian para pembaca di luar sane. Ketua Editor akan menganalisis terlebih dahulu artikel2 yg dibuat sebelum dihantar ke jabatan yg seterusnya.







Step 2 : Jabatan Grafik
Selepas ketua editor mengesahkan kesahihan sesebuah artikel atau cerita atau berita akan dihantar ke bahagian grafik utk mengeditkan karya tersebut supaya nampak lebih cantik dan kemas maka akan menarik perhatian pengguna sebagai pemabaca yg terdiri drpd pelbagai lapisan masyarakat. 
Pelbagai layout akan ditambah sebagai penambah kepada majalah tersebut.







Step 3 : Proses Printing
Proses printing mempunyai 3 bahagian yg utama iaitu :-
Fasa 1- Pre-press
proses printing bermula dengan menggunakan printing plate ataupon metal plate
Fasa 2 -Press
metal plate tersebut akan binding dan membentuk material yg akan diterbitkan bagi menghasilkan majalah yg sebenar
Fasa 3 - Post-press
setelah itu, metal plate tersebut akan dipasang di press machine utk menghasilkan kertas majalah dan press machine tersebut menggunakan 4 set warna iaitu cyan, magenta, yellow dan black.









Step 4 : Proses Pengedaran
Setelah semua piawaian dan segala yg berkenaan pembuatan majalah tersebut telah diluluskan maka proses pengedaran ke setiap daerah atau negeri mula dijalankan bagi memudahkan pengguna mendapatkan bahan bacaan mereka dgn segera dan juga mndapat bahan bacaan yg berkualiti bagi menjamin budaya membaca akan tidak luput dek zaman.







sampai di sini saja ape yg adda tahu hhee..kalau korang nak tahu lebih lanjut layari je la google tu..adda rase korang lebih arif dan rajin mengenai perkara sebegini..
dan lg satu kpd rakan2 kelab kewartawanan adda yg ikuti same lawatan tersebut, kalau nak tambah pape atau komen mengenai proses ini sbb mungkin adda ade tertinggal mane2 part ke atau ade yg salah tolong bagitau yep..kerjasama anda amat dihargai..




-sekian-

No comments: